Monday, March 26, 2012

Projek Keceriaan Kelas Pemulihan Khas (3)


...sambungan...

Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dirakamkan...

Rashid pun tolong kak long juga...




Aca dah macam perompak, punyalah tak tahan banyak habuk.... Thanks tau.

---> Masa ni kelas dah ada perubahan sikit, dah pasang tikar getah, dah tampal papan kenyataan dengan wallpaper, semuanya modal sendiri....


                    





Bersepah-sepah kelas... 

Projek Keceriaan Kelas Pemulihan Khas (2)

Selepas tamat gotong royong mengosongkan kabin, kami pun bertungkus lumus mengangkut barang-barang dari kabin ke kelas Pemulihan Khas yang baru. Penat jugaklah, maklumlah kerja bertiga je, turun naik tangga pulak tu. Tapi berbaloi sebab teruja nak mengajar dalam keadaan baru.
Inilah wajah kelas baru saya...

Bahagian belakang kelas, masih kosong...

Jadi, sepanjang cuti bulan September 2011, kerja kami adalah mengemas kelas baru ni....





Sunday, March 25, 2012

Projek Keceriaan Kelas Pemulihan Khas

Assalammualaikum,
Malam ni saya nak catatkan kenangan menceriakan kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong. Kelas ni kelas yang ketiga sepanjang saya bertugas di SK Kampung Kudong. Mula-mula saya posting dulu tahun 2007, dapat sebuah bilik yang kecil, di bangunan lama SK Kampung Kudong. Tahun 2009, bangunan tersebut dirobohkan kerana kerajaan telah memperuntukkan peruntukan untuk membina 2 blok bangunan baru SK Kampung Kudong. Jd bermula bulan Mei 2009, kami berpindah ke dalam kabin yang terletak di padang Kampung Kudong selama dua tahun lebih. Pada bulan Oktober 2011, kami semua telah berpindah ke bangunan baru. Jadi, inilah kelas Pemulihan Khas saya yang ketiga. 

Catatan ini hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman menceriakan kelas Pemulihan Khas bersama rakan-rakan. Malah, melalui blog inilah, saya dapat mencoretkan kenangan segala usaha, penat lelah saya menceriakan kelas ini. Manalah tahu kan, tiba-tiba gambar-gambar kenangan ni hilang, dapatlah saya cari kembali di laman blog ini. Hehe.....

Memulakan cerita menceriakan kelas ini, saya sangat-sangat berterima kasih kepada adik-adik saya dan sepupu saya yang bertungkus lumus membantu saya menceriakan kelas ini. 

1. GOTONG ROYONG KEMAS KABIN

Kemas kabin bulan 9 tahun 2011, saya dibantu oleh adik saya Zarith Natasha dan sepupu saya Asmirul Abu Bakar... Thanks kat korg sebab tolong kak long, walaupun masa tu korg sibuk studi nak SPM...

Thanks kat Aca sebab tolong kak long...
Thanks Mirul, sebab tolong kak long 'clear'kan kabin ni....

Terima kasih yang tak terhingga untuk korang berdua. Cerita ni sambung ke part 2 nanti...







Friday, March 9, 2012

BBM Baru Saya

Hobi saya----> buat BBM. Hari ini, saya dah siapkan satu lagi BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk suku kata KVKK, dan perkataan yang mempunyai suku kata KVKK. Nak tengok BBM baru saya??? Ni dia......


Ni la BBM saya yang baru siap pagi tadi, khas untuk
P&P naik cuti sekolah nanti. Ada 2 saiz, yang besar untuk guru,
yang kecil untuk murid. 
Ada cara macam mana nak guna BBM saya ni, caranya macam ni :--->;




-Ada 3 slide dalam kad imbas ni, slide pertama suku kata KVKK, slide kedua gambar bagi perkataan yang mempunyai suku kata KVKK, dan slide ketiga ejaan bagi perkataan tersebut. Contoh kat atas ni, slide pertama suku kata 'sang', slide kedua adalah gambar 'pisang' dan slide ketiga adalah ejaan bagi perkataan 'pisang'.




Yang ini baru suku kata untuk 'ang'... suku kata 'ing', 'ung', 'eng' dan 'ong' dalam proses.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...