Friday, May 18, 2012

Didik Hibur 4: Sama Macam Cikgu

Hari ni, 18 Mei 2012, saya mengajar Unit 5 yang bertemakan "Kampung Saya". Unit ini adalah berkaitan dengan perkataan yang mengandungi vokal berganding. Sebanyak 12 perkataan (seperti yang terdapat di dalam Modul Linus) akan diajar kepada murid-murid. Perkataan-perkataan tersebut adalah buah, kain, kuah, kail, laut, buih, daun, duit, lauk, taat, paip dan kaum.

Murid terlibat:
         1: Lim Wei Long
         2: Ester

Kemahiran sedia ada : - Murid boleh menyebut suku kata KV
Kemahiran diajar      : - Mengeja dan menyebut vokal bergabung.

Langkah permainan:

  • Latih tubi eja dan sebut suku kata KV
  • Latih tubi eja dan sebut gandingan vokal dan konsonan seperti uk, ah, ih, ut, at, il, un, ip, um.
  • Bina kad perkataan yang serupa dengan kad cikgu (sebanyak 12 keping kad bagi 12 perkataan)
Ester sedang membina kad perkataan beliau
  • Setiap murid mempunyai 1 set kad.
Ester dan Wei Long bersama kad masing-masing
  • Murid duduk di tempat yang berlainan daripada tempat mereka menulis dan membaca.
  • Fokus pada kad yang akan dikeluarkan oleh cikgu.
  • Murid mencari kad yang serupa dengan kad cikgu dan letakkan kad tersebut di sebelah kad cikgu.
Antara kad yang sama telah dijumpai oleh murid
  • Murid yang terpantas mengeluarkan kad akan dikira sebagai pemenang sekiranya kad yang dikeluarkan betul. Jika salah, murid kedua pula dikira sebagai pemenang, jika kad beliau betul.
  • Setiap perkataan yang betul dan cepat dikeluarkan akan diberi 2 markah, manakala yang lambat akan diberi kosong markah.
  • Pada akhir permainan, markah akan dikira dan pemenang diumumkan.
  • Beri saguhati kepada murid sebagai motivasi untuk mereka mencuba lagi pada waktu akan datang.


Ester sedang meneliti kad-kad yang tinggal
Wei Long bersama kadnya 
Ester dan Wei Long mencari kad yang serupa dengan kad cikgu
Keputusan permainan, Ester mendahului Wei Long sebanyak 4 markah
Murid bersama ganjaran yang diperolehi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...