Tuesday, July 31, 2012

Ahmad Aaron Adieb

Melihat kau membesar, bagai satu rahmat buatku... 



Ahmad Aaron Adieb, was born 23.10.2007
Meraikan hari lahirnya yang ke 2 tahun....
Membesar bagai juara...
Semakin besar, semakin hensem...



Kenapa Facebook Saya Tak Boleh Dibuka Lagi???



Assalammualaikum, 
Hari ni nak cerita pasal akaun facebook saya yang telah digodam beberapa minggu yang lalu. Huhu... Saya bukan artis, saya bukan menteri, saya bukan sesiapa, tapi kenapa facebook saya menjadi mangsa???? Alahai, kesiannya ayat..... hehehe.....

Selepas beberapa kali cuba nak log in, saya masih tak boleh nak log in facebook saya. Tak apalah, mungkin Tuhan nak saya berehat daripada dunia IT, jangan terlalu banyak menghabiskan masa dengan teknologi. Ramai kawan yang menasihatkan saya supaya membuat akaun baru, tapi,,,, nantilah...... Bukan apa, kadang kala bila berfikir dari sudut positif, ada bagusnya juga akaun facebook ni ditutup. Jadi, saya lebih banyak masa sekarang untuk fokus kepada perkara-perkara lain yang lebih penting. hehehehehe.... Tapi, rasa sayang juga sebab laman itu antara salah satu medium untuk saya berhubung dengan rakan-rakan. Erm.....

Oklah, cukup untuk hari ini, saya nak mulakan tugas harian. Esok jumpa lagi. Bye.........

Thursday, July 26, 2012

Kenapa Masih Tidak Bersyukur?



لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

"Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."(QS. Fathir:30).

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)

Syukur  diwujudkan dalam tiga aspek :
  • Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan meyakini bahawa semua nikmat dan kurniaan yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.
  • Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.
  • Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurniaan itu untuk kebaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...