Monday, December 17, 2012

CINDERELLA21_MAWAR MERAH YANG SEPI


BAB 5

            Shahirah Huda telah bersedia untuk ditemuduga di dalam bilik itu. Namun, ketika itu penemuduga nya pula ke bilik air. Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan ketika menunggu, Shahirah Huda menyelak kembali fail yang mengandungi dokumen-dokumen kelayakan akademiknya. Sedang dia asyik membelek failnya, terdengar suara orang berdehem. Lantas dia menoleh ke arah suara itu.

            “Maaf, sa-….” Sebaik sahaja terpandang wajah itu, Haizal Azeq terus kelu. Ayatnya tidak sempat di habiskan. Matanya tertancap pada wajah tenang Shahirah Huda. Hati yang kian lama merindu semakin kencang berdebar. Shahirah Huda kebingungan melihat telatah Haizal Azeq. Kepelikan semakin bertambah tatkala Haizal Azeq tersenyum sambil menyebut namanya. Semakin berkerut dahi Ira memikirkannya. Siapakah lelaki itu? Bagaimana dia mengetahui nama ku? Akhirnya, peristiwa malam pesta mengisi kekosongan minda Ira saat itu. Wajah lelaki itu mirip lelaki yang diperkenalkan  Ellia kepadanya. Lantas, dia cuba mengingati nama lelaki itu. Apa ye? Faizal…? Shahizal…? Apa ek?

            “Encik Faizal?” Shahirah Huda memberanikan diri untuk meneka.

            “Haizal.” Haizal Azeq membetulkan sebutan namanya.

            “Ya, Encik Haizal Azeq, baru saya teringat.” Jawab Ira. Mereka sama-sama ketawa, kemudian Haizal mempersilakan Shahirah Huda duduk. Sementara dia kembali semula ke tempatnya. Selepas itu, Shahirah Huda menyerahkan fail akademiknya kepada Haizal Azeq untuk diteliti. Haizal pula cuma mengambilnya tanpa melihat isi fail tersebut.

            “Stabilkan emosi kau yang tak stabil tu.”

            “Pilih yang cantik dan educated jer.”

            “Ingat, ini temuduga tau, bukan tempat jual minyak.”

Satu persatu pesanan Ellia menerjah kolam ingatan. Akhirnya dia senyum sendiri. Tak sangka, akan bertemu lagi dengan gadis pujaan. Hai.., baiknya Elli, kau hantar jugak dia kepada aku ya. Haizal mula menarik nafas panjang. Dia sudah mula untuk menyoal gadis manis di hadapannya. Manakala Ira pula telah lama bersedia untuk di tanya.
           
“Awak cantik.” Perkara pertama yang diucapkan oleh Haizal. Ira terkedu. Fikirannya bertanya, apa kena–mengena hal itu dengan temuduga jawatan Pengurus Pemasaran ni? Belum sempat pun dia mencari jawapan, satu lagi pujian singgah di pendengarannya.

            “Natural beauty, I’ve never see beautiful woman like you.” Haizal memuji lagi. Kemudian Ira pantas menjawab…

            “Kecantikan itu selalunya tersembunyi , encik. Kita takkan dapat melihatnya dengan mata kasar. Sebaliknya, kita perlu selami hati budi seseorang itu untuk mencari di mana kecantikannya. Saya percaya, setiap wanita ada kecantikan tersendiri, terpulang pada penilaian individu yang melihat.” Jawab Ira dengan penuh keyakinan. Hatinya asyik mengatakan bahawa pujian Haizal hanya sekadar mahu menguji tahap IQ nya. Dan Ira yakin dia telah memberikan pendapat yang bernas.

            “Ya, setiap orang ada kecantikan tersendiri. Saya juga setuju dengan pandangan awak. Cuma bagi saya , wanita di hadapan saya ni berbeza daripada wanita yang pernah saya jumpa. You are too special Shahirah Huda. Pandangan yang memukau, lirikan mata yang mempesona, wajah yang lembut, dan tutur bicara yang sopan.” Haizal menduga lagi, cuma ingin tahu adakah wanita seperti Shahirah Huda akan leka di buai pujian.. atau dia seorang wanita yang selalu berpijak di bumi nyata.

            “Encik, terlalu awal untuk encik mengkategorikan saya dalam golongan itu.” Ira merendah diri. Sememangnya dia tidak senang dengan situasi itu. Elli, kau hantar aku pergi temuduga atau kepada pensyair cinta? Hatinya mendengus.

            “Itu cuma pandangan ikhlas dari saya. Salah ke?” Balas Haizal Azeq.

            “Tapi, encik tak kenal siapa saya lagi….” Jawab Ira.

            “Oh ya, Ellia tak banyak beritahu saya tentang awak. So, how can I know you Shahirah Huda?”

            “Senang jer, cuma beritahu saya kenapa kita harus kenal and then I will introduce myself to you.” Jawab Ira dengan mesra. Tanpa dia sedari mata yang memandang wajahnya tika itu sedang menanggung rindu yang amat dalam terhadapnya sejak pertemuan pertama dahulu.

            ‘ Kerana kau telah mencuri hatiku, wajah mu mengganggu lenaku, kau benar-benar telah menguasai jiwaku, Shahirah Huda.’ Jawab Haizal di dalam hati. Lama dia merenung wajah wanita itu hingga tidak keruan Shahirah Huda dibuatnya. Lantas dia mencari jawapan yang sesuai untuk soalan terakhir wanita itu. 

            “Saya perlu kenal awak kerana Ellia berpesan kepada saya supaya mencari calon yang cantik dan educated sahaja. Dan saya juga perlu kenal awak supaya kita tak de problem untuk bekerjasama di Two H Holdings nanti. So, will you introduce yourself Miss Shahirah Huda.” Sebaik sahaja Haizal menamatkan bicaranya, Shahirah Huda segera memperkenalkan latar belakang dirinya. Terasa asyik Haizal mendengarnya hingga dia rasa tak mahu Ira berhenti daripada berkata-kata. tapi, waktu membatasi segalanya, Ira perlu segera di lepaskan untuk memberi peluang kepada calon lain.

            “Surat jawapan akan di hantar secepat mungkin.” Kata Haizal sebelum mereka berpisah.

            “Terima kasih, Encik Azeq.” Ucap Shahirah , lantas tangan mereka bertaut untuk kali kedua. Rasanya, tak ingin tangan itu dilepaskan, tapi apakan daya…. Sabarlah Haizal, takkan lari gunung dikejar.. ‘Masalahnya, aku kejar orang, orang yang ada kaki. Bila dia ada kaki, dia boleh lari. Ish, aku tak mahu kehilangan dia’…., jerit hatinya. Ketika Ira hendak berlalu pergi, Haizal memanggil lembut namanya membuatkan dia tidak jadi untuk terus melangkah.

            “Saya suka awak panggil saya ‘AZEQ’. Nampak mesra.” Ujar Haizal penuh emosi.

            “Apalah ertinya pertemuan tanpa kemesraan? Assalamualaikum, Encik Azeq.” Dan Shahirah Huda terus berlalu, meninggalkan Haizal sendirian menyelesaikan tugasnya. Haizal pula, rasanya ingin saja di tamatkan temuduga itu kerana calon yang dikehendaki sudah pun ditemui. AZEQ.., bagai terngiang-ngiang di cuping telinga yang  Shahirah Huda sedang memanggil namanya. Sebelum ini, belum ada yang menggelarnya dengan gelaran itu. Ira lah yang pertama memanggilnya dengan nama itu. Arrgh, sungguh sedap bunyinya bagai melodi lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee. Azeq…, Azeq…, gema suara Ira kedengaran lagi. Haizal hanyut dalam dunia fantasinya. 


Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi


          “Elli, ajak Ira makan. Mama dan papa nak keluar dinner dengan Tan Sri Omar. Kamu makan jer kat rumah ye.” Pesan Datin Hamidah sebelum meninggalkan anak gadisnya itu. Ellia pula mendengar arahan mamanya dengan baik sekali. Ira yang menjadi tetamu di rumahnya diajak menikmati hidangan makan malam. Ellia sudah berjanji, selagi Ira belum mendapat tempat tinggal, sahabatnya itu akan menjadi tetamu mereka sekeluarga.  Malah keluarga Dato’ Hisyam bukan lagi asing bagi Ira. Mereka juga telah menganggap Ira seperti anak mereka sendiri. Apatah lagi, Ira adalah kawan baik Ellia dan Ellia pula satu-satunya anak yang mereka ada. Jadi, kasih ayah dan ibu turut sama di beri kepada gadis itu.

            Malah, mereka ada mengajak Ira agar terus tinggal bersama mereka, tapi Ira menolak dengan alasan mahu hidup berdikari. Sebenarnya dia tak mahu terlalu terhutang budi. Baginya, apa yang diperolehi ini pun sudah terlalu banyak untuk di balas. Tak terbalas jasa baik Ellia sekeluarga, nasib baiklah impiannya untuk hidup berdikari disokong oleh Ellia. Jika tidak, mahu juga hatinya cair dengan pujukan Datin Hamidah yang mahu dia bermastautin di rumah itu.

            Setelah selesai menikmati makan malam, mereka menyambung kembali kisah di sebalik temuduga siang tadi.

            “Aku rasa dah macam berada di samping ShahRukh Khan tau, nasib baik dia tak menyanyi lepas bersyair. Kalau tak, mahu gamat satu Hotel Legend… Dia tu macam tak betul jer.”  Ira mengadu hal Haizal kepada temannya itu. Mendengar sahaja aduan itu, Elli terus ketawa berdekah-dekah. Belum pun reda tawanya, handphone pula berbunyi. Ketika dia menjawab panggilan itu, dia memberi isyarat kepada Ira supaya membaca majalah, sementara itu dia ke halaman rumah untuk berbicara dengan si pemanggil. Ira akur. Jauh di sudut hatinya menduga tentu Ellia dan pemanggil itu mempunyai hubungan istimewa. Jika tidak, masakan Ellia berjauhan dengannya untuk menjawab panggilan itu. Nanti kau, pandai berahsia dari aku ye. Nanti aku korek rahsia kau dan boyfriend kau tu. 

Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi


            Di luar rumah, Ellia begitu asyik dengan telefonnya. Di hujung talian, Haizal Azeq tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Ellia kerana mempertemukan Ira dengannya sekali lagi.

            “Hei, aku kan dah pesan jangan jual minyak. Kau degil ye!” sergah Ellia. Di corong sana , Haizal tertawa manja.

            “You know what, I’m really shock when she remember my name.” ujar Haizal Azeq beriya-iya.

            “Entah-entah dia pun suka kat aku tak?” Haizal menyambung lagi. Ellia Mastura tersenyum walaupun senyuman itu tidak dapat dilihat oleh Haizal. Terasa bangga di hatinya kerana dapat membuatkan lelaki itu gembira hari ini biarpun hakikatnya dia terluka kerana tewas dengan sahabatnya sendiri.

            I hope she will. Sooner or later she is yours, right?” Ellia memberi sedikit harapan kepada Haizal. Semoga Haizal dapat membebaskan Ira dari cengkaman Iskandar, lelaki yang tak punya apa-apa keistimewaan di kacamata Ellia Mastura.

            “Kau tahu Elli, dia panggil aku Azeq. Tak pernah ada orang yang panggil aku dengan nama tu. Kan aku dah cakap, she is so special.” Adu Haizal lagi. Tak jemu-jemu dia berbicara tentang Ira kepada Ellia.

            “Tapi kan Haizal, tadi Ira tanya aku, kau ni betul ke tak…. Macam tak betul jer.” Usik Ellia. Haizal pula bengang dengan usikan itu.

            Selepas hampir sejam mereka berbual, Ellia masuk ke dalam semula dan terus mendapatkan Ira. Handphone di tangan di tayang kepada Ira seraya dia berkata , “ Shah Rukh Khan call. Dia kata kau panggil dia Azeq, betul ke?” Ira sekadar mengangguk, membenarkan pertanyaan Ellia.

            “Kenapa?” soal Ellia.

            “Tak boleh ke?”

            “Tapi, orang panggil dia Haizal.”

            “Aku suka nama Azeq. Tak salahkan kalau aku panggil dia dengan nama tu. Lagi pun nama tu sedap bunyinya.” Ira berterus terang. Seketika kemudian, Ellia teringat kembali detik-detik perkenalan dia dengan Haizal di bumi London dulu. Di awal perkenalan, dia juga memanggil lelaki itu dengan nama Azeq. Tapi malangnya, ketika itu lelaki tersebut meminta dia memanggilnya dengan nama Haizal. Jelas sekali waktu itu, dia tidak gemar digelar dengan nama Azeq. Tapi mengapa sekarang dia begitu gembira bila Ira memanggilnya dengan nama itu? Ellia Mastura bingung.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...