Showing posts with label Isu Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Isu Kekeluargaan. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Meraikan Hari Lahir Abah Yang Ke-50


Happy Birthday Abah...
11 April 1962, abah kami En. A. Razak bin A. Rahim dilahirkan. Oleh itu, setiap tahun pada 11hb April kami sekeluarga akan meraikan hari lahir beliau. Tahun ni special sikit sebab abah dah pun berusia 50 tahun... So, kami pun pakat ramai-ramai, buat majlis istimewa sikit, jemput kawan2 rapat dia, potong2 kek, makan baryani, n buat BBQ sikit.....

So, untuk adik-adik n sanak saudara yang tak dapat hadir untuk memeriahkan majlis ni, saya update kan kenangan hari tersebut dalam blog ni......


  • Tokey BBQ - kredit to En.Shafiq Razak, En.Rizal Hashim, En. Abu Bakar dan En. Hashim.....
Tokey BBQ n tukang kacau...
Nilah dia bahan bakar...
                                 






















Terbakar jari bang??? huhu

  • Antara kenangan yang sempat dirakamkan...
Sempat lagi budak2 ni bergambar


Hehe, mak budak pun sempat bergambar.... haha
Mami Nani makan tak toleh2..... hehe

Antara tetamu yang hadir malam tu....

Aik,,,, ni sape ni yang sempat posing manja???



Wednesday, February 16, 2011

Tanggungjawab suami dan bapa...

     Anak merupakan anugerah yang amat bermakna dalam kehidupan suami isteri. Ia merupakan anugerah Illahi yang sangat besar nilainya. Justeru, tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang selalu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi yang terbaik kepada anak mereka. 

     Penjagaan anak bermula sejak dari dalam rahim ibu lagi. Oleh itu, jika anda inginkan seorang anak yang baik budi pekerti, sopan santun, tinggi sahsiah, dan memiliki sifat-sifat mahmudah, janganlah meninggalkan solat, sentiasa berdoa dan membacakan ayat-ayat suci al-quran. 

     Bagi para suami pula, kehadiran anda amatlah bermakna bagi isteri-isteri yang sedang menunggu waktu untuk melahirkan. Saya kongsikan sedikit tips kepada para suami untuk membantu isteri anda ketika dia hendaklah melahirkan zuriat. Bacakanlah surah Al-Insyiqaaq ayat 1 hingga 5 (atau dalam jumlah yang ganjil sama ada 3, 5, 7, 9 atau 11), kemudian tarik nafas dan tiupkan ke badan isteri anda dari dada ke bawah (jangan dari bawah ke atas). Insya Allah, ia dapat membantu isteri anda untuk melahirkan anak dengan mudah.

     Selepas isteri anda selamat melahirkan bayi, hendaklah anda membisikkan 'azan' di telinga kanan dan 'iqamat' di telinga kiri anak anda. Cara yang betul adalah tangan kanan anda memegang bahagian bawah tubuh bayi dan tangan kiri memegang kemas kepala bayi. Ini memudahkan anda untuk menggerak dan mengalihkan kepala bayi untuk dibisikkan kalimah 'Azan' dan 'Iqamah'. Kaum bapa, hendaklah kalian semua membisikkan kalimah tersebut tepat ke pendengaran bayi. Elakkan daripada sekadar melakukannya kerana tuntutan agama, sebaliknya lakukanlah sebagaimana yang disuruh oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Pastikan bibir anda betul2 hampir dengan telinga bayi. 

Amalan-amalan lain yang perlu dilakukan oleh kaum bapa selepas isteri selamat melahirkan bayi adalah seperti berikut:

~Bacaan pada hari pertama~
  • Bacakan surah Al-Qadar di telinga kanan bayi dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bayi.
  • Manfaat surah Al-Qadar adalah menjadi benteng atau daya tahan diri bayi daripada melakukan zina apabila dewasa kelak. Sementara manfaat surah Al-Ikhlas pula adalah untuk membentuk akidah, iman dan tauhid yang kukuh dalam jiwa bayi.
  • Selepas itu, bapa hendaklah membacakan surah Al-Insyirah pada jari manis dan ditahnikkan. Ditahnikkan bermaksud, colet sedikit madu lebah yang asli dengan menggunakan jari manis, bacakan surah Al-Insyirah, tiup dan kemudia letakkan jari manis anda di bibir bayi anda. Kemudian, anda akan dapat rasakan bayi anda seakan-akan mmenyedut jari manis anda. Tolakkan jari manis anda perlahan-lahan ke dalam mulutnya dan sentuh lelangitnya sambil berdoa agar dia membesar menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah swt, seorang anak yang taat pada ibu bapa, cerdik, pintar dan berakhlak mulia. Insya Allah...
  • Mengapa perlu menggunakan jari manis? Ini kerana sesuai dengan nama jari tersebut iaitu MANIS, semoga akhlak anak kita sentiasa manis. Jika menggunakan jari telunjuk, dikhuatiri bayi itu akan membesar dengan sifat angkuh dan sombong, sesuai dengan jari telunjuk yang selalu digunakan untuk menunjuk sesuatu. Begitu juga rasionalnya jika menggunakan jari hantu dan jari-jari yang lain.
~Amalan pada hari ke-7~
  • Hendaklah diberikan nama kepada bayi anda pada hari ketujuh atau hari ke-21. Jika mampu, lakukan ibadat akikah, dimasakkan manis, serta membuat kenduri doa selamat (elakkan daripada membuat tahlil arwah sekali. Fokus hanya kenduri doa selamat melahirkan bayi sahaja). Jangan lupa cukur rambut bayi pada hari ketujuh dan juga berkhatan (bagi bayi perempuan).
     Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang boleh dilakukan sewaktu menimang cahayamata. Semoga anak-anak yang bakal dilahirkan dan telah dilahirkan menjadi Khalifah Allah yang berguna dan berjasa kepada keluarga, agama dan negara. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...