Showing posts with label Pemulihan Khas SKKK. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan Khas SKKK. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Didik Hibur 4: Sama Macam Cikgu

Hari ni, 18 Mei 2012, saya mengajar Unit 5 yang bertemakan "Kampung Saya". Unit ini adalah berkaitan dengan perkataan yang mengandungi vokal berganding. Sebanyak 12 perkataan (seperti yang terdapat di dalam Modul Linus) akan diajar kepada murid-murid. Perkataan-perkataan tersebut adalah buah, kain, kuah, kail, laut, buih, daun, duit, lauk, taat, paip dan kaum.

Murid terlibat:
         1: Lim Wei Long
         2: Ester

Kemahiran sedia ada : - Murid boleh menyebut suku kata KV
Kemahiran diajar      : - Mengeja dan menyebut vokal bergabung.

Langkah permainan:

  • Latih tubi eja dan sebut suku kata KV
  • Latih tubi eja dan sebut gandingan vokal dan konsonan seperti uk, ah, ih, ut, at, il, un, ip, um.
  • Bina kad perkataan yang serupa dengan kad cikgu (sebanyak 12 keping kad bagi 12 perkataan)
Ester sedang membina kad perkataan beliau
  • Setiap murid mempunyai 1 set kad.
Ester dan Wei Long bersama kad masing-masing
  • Murid duduk di tempat yang berlainan daripada tempat mereka menulis dan membaca.
  • Fokus pada kad yang akan dikeluarkan oleh cikgu.
  • Murid mencari kad yang serupa dengan kad cikgu dan letakkan kad tersebut di sebelah kad cikgu.
Antara kad yang sama telah dijumpai oleh murid
  • Murid yang terpantas mengeluarkan kad akan dikira sebagai pemenang sekiranya kad yang dikeluarkan betul. Jika salah, murid kedua pula dikira sebagai pemenang, jika kad beliau betul.
  • Setiap perkataan yang betul dan cepat dikeluarkan akan diberi 2 markah, manakala yang lambat akan diberi kosong markah.
  • Pada akhir permainan, markah akan dikira dan pemenang diumumkan.
  • Beri saguhati kepada murid sebagai motivasi untuk mereka mencuba lagi pada waktu akan datang.


Ester sedang meneliti kad-kad yang tinggal
Wei Long bersama kadnya 
Ester dan Wei Long mencari kad yang serupa dengan kad cikgu
Keputusan permainan, Ester mendahului Wei Long sebanyak 4 markah
Murid bersama ganjaran yang diperolehi


Friday, April 13, 2012

Didik Hibur 3: Money Drop...

Assalammualaikum,,,
Kali ni nak kongsi pasal didik hibur ketiga yang saya jalankan di Kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong. Sebenarnya aktiviti ini adalah 'joint project' dengan Stationary Shop Si Cilik yang saya kendalikan di bawah program Pemulihan Khas dan Linus SK Kampung Kudong. 

Ok, apa yang saya nak ceritakan di sini adalah mengenai aktiviti "Money Drop" yang saya praktiskan di kelas Pemulihan Khas bersama-sama murid Linus Tahun 2 dan 3. Saya mendapat ilham untuk melaksanakan aktiviti ini selepas bermain game "Money Drop" di laman web astro. Tambahan pula, murid-murid saya di sini mmg sukakan duit jadi, saya korbankan duit syiling dalam tabung saya untuk menjayakan aktiviti ini. 

Inilah rupa "Money Drop" kami di SK Kudong...

Cara Melaksanakan Didik Hibur 3:

  1. Kumpulkan semua murid di satu sudut dalam kelas, sebab biasanya saya akan buat aktiviti ni secara privacy dan sempoi.
  2. Saya susun kad-kad perkataan yang dipelajari pada hari tersebut, dan di atas kad itu saya letakkan duit syiling, ikut kemampuan saya...... kadang2 RM0.20, kadang2 RM0.30, kadang2 RM0.50....
  3. Saya akan sebut perkataan, murid akan angkat tangan, siapa yg paling cepat angkat tangan, saya akan pilih dia untuk eja perkataan yang saya sebutkan dan dia akan cari kad bagi perkataan tersebut.
  4. Jika ejaannya betul, murid akan ambil duit yang ada di atas kad tadi, jika salah, tak boleh ambil duit, beri peluang pada murid lain untuk mencuba.
  5. Permainan ini sangat seronok, sebab macam saya cakap tadi, TIADA MANUSIA YANG NORMAL TAK SUKA DUIT kan, kan, kan???????
  6. Selepas aktiviti "Money Drop" yang pertama menunjukkan hasil yang positif, saya mula fikirkan bagaimana cara yang paling praktikal untuk saya dapatkan dana bagi meneruskan projek ni. Jadi wujudlah projek "Stationary Shop Si Cilik" di Kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong.  
~Nanti saya ceritakan apa pula kaitan projek "Stationary Shop Si Cilik" dengan aktiviti "Money Drop" di Kelas Pemulihan Khas, dan apa pula kaitannya dengan perjalanan Linus di Kelas Pemulihan SK Kampung Kudong. Tunggu yaaaaaa~

Senario Sekitar Perlaksanaan Aktiviti Money Drop:



Selepas aktiviti berakhir,
masing-masing sibuk kira pendapatan hari ini... haha

Hasil hari ini...


Ainol sibuk kira duit.... Sukalah tu.
~Sekian saja untuk hari ini, esok sambung lagi~

Didik Hibur 2 : Gerak Badan, Gerak Minda...

Assalammualaikum,,,
hari ni saya nak kongsi didik hibur kedua yang saya dah laksanakan di SK Kampung Kudong, Bekok. Aktiviti ini diberi nama "Gerak Badan, Gerak Minda". Nama ni saya yg bagi,,,, hehe.... Ok, mari kita lihat, bagaimana aktiviti ini dijalankan untuk murid-murid Linus Tahun 2 dan 3.



Gambaran trek dari sisi...

Cara Melaksanakan Didik Hibur 2:

  1. Guru mesti menyediakan trek laluan murid, ala2 dam gergasi.... Ikut kreativiti cikgu-cikgu.
  2. Dalam satu permainan, biasanya melibatkan 4 orang murid sahaja. Lagi sikit lagi bagus. Ramai-ramai takut traffic jammed pulak nanti.....
  3. Permainan akan bermula di petak 0.
  4. Murid-murid akan mengundi, siapakah yang jalan dahulu. Proses pengundian terpulang kepada guru, biasanya saya akan arahkan murid baling dadu sahaja. Kalau murid dapat nombor 1, dialah yang akan jalan dulu.
  5. Di tengah-tengah trek, guru akan sediakan kad-kad perkataan yang telah dipelajari. Terpulang pada guru-guru sama ada nak terbalikkan kad atau tidak... Saya tak terbalikkan, jadi murid boleh pilih kad mana yang dia yakin dia boleh eja dan sebut dengan betul.
  6. Murid akan melempar dadu, dan bergerak dari satu petak ke petak yang lain mengikut bilangan yang terdapat pada dadu tadi.
  7. Setiap kali berhenti pada satu-satu petak, murid hendaklah mengambil kad perkataan di tengah-tengah trek. 
  8. Murid mesti menyebut perkataan yang terdapat pada kad tersebut dalam jangkamasa yang telah ditetapkan iaitu sama ada 30 saat atau 40 saat. 
  9. Sekiranya betul, guru akan mencatatkan 2 markah untuk murid. Dan kad akan diletakkan kembali di tengah-tengah trek.
  10. Sekiranya salah, tiada markah yang akan diberikan dan murid akan didenda 'berhenti satu pusingan'.
  11. Pada akhir permainan, guru akan mengira jumlah markah yang diperolehi oleh murid-murid.
  12. Murid yang berjaya menamatkan permainan terlebih dahulu akan diberikan markah bonus sebanyak 5 markah. 
  13. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang diperolehi murid-murid.
~Selamat Mencuba~

Senario Ketika Aktiviti Berlangsung:

Inilah rupa sebenar trek game "Gerak Badan, Gerak Minda"
hasil ciptaan Cikgu Pretty Zahirah....... hehe








Sekian sahaja untuk kali ini... Jumpa lagi pada masa akan datang dengan aktiviti didik hibur yang lain......



Tuesday, April 10, 2012

Didik Hibur 1: Ini Kad Saya

Didik hibur 1: Ini Kad Saya...

CARA MELAKSANAKAN DIDIK HIBUR 1:

1.   Susun kerusi ikut bilangan murid di hadapan kelas.
2.   Suruh murid duduk di kerusi tersebut.
3.   Guru beri arahan permainan kepada murid.
4.   Susun kad-kad perkataan di depan murid, terbalikkan.
5.   Mainkan lagu kanak-kanak, (ie: can mali can, jong-jong inai), yang murid boleh nyanyikan bersama-sama.
6.   Suruh murid pusing mengelilingi kad perkataan bergambar sambil menyanyi lagu.
7.   Hentikan lagu dan suruh murid ambil 1 kad. 
8.   Murid eja dan sebut perkataan.
9.   Jika betul, murid akan ambil kad perkataan bergambar tersebut, dan letak di atas kerusi masing-masing. 
10. Jika salah, murid perlu meletakkan semula kad itu.
11. Pada akhir permainan, murid mengira jumlah kad yang telah berjaya diperolehi.
12. Murid yang mengumpul kad paling banyak dikira sebagai pemenang, dan guru bolehlah memberikan saguhati kepada murid yang menang.

Senario ketika permainan berlangsung:-











Friday, March 9, 2012

BBM Baru Saya

Hobi saya----> buat BBM. Hari ini, saya dah siapkan satu lagi BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk suku kata KVKK, dan perkataan yang mempunyai suku kata KVKK. Nak tengok BBM baru saya??? Ni dia......


Ni la BBM saya yang baru siap pagi tadi, khas untuk
P&P naik cuti sekolah nanti. Ada 2 saiz, yang besar untuk guru,
yang kecil untuk murid. 
Ada cara macam mana nak guna BBM saya ni, caranya macam ni :--->;




-Ada 3 slide dalam kad imbas ni, slide pertama suku kata KVKK, slide kedua gambar bagi perkataan yang mempunyai suku kata KVKK, dan slide ketiga ejaan bagi perkataan tersebut. Contoh kat atas ni, slide pertama suku kata 'sang', slide kedua adalah gambar 'pisang' dan slide ketiga adalah ejaan bagi perkataan 'pisang'.




Yang ini baru suku kata untuk 'ang'... suku kata 'ing', 'ung', 'eng' dan 'ong' dalam proses.... 

Monday, May 23, 2011

Bukan Senang Nak Mengajar Orang Dewasa

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya saya tak berkesempatan menjenguk apatahlagi menulis di dalam blog saya ni. Hari ini saya kembali dengan satu coretan baru iaitu pengalaman mengajar orang-orang dewasa berketurunan Orang Asli Jakun. Seramai 30 orang peserta telah dipilih untuk menyertai Kelas Dewasa Asli dan Peribumi (KEDAP) bagi sesi 2011. Mereka berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Pelbagai perasaan wujud dalam diri saya sebelum kelas bermula pada bulan April 2011. Kadang kala rasa takut, kadang kala rasa teruja. Maklumlah, selama ini mengajar kanak-kanak, tentulah pendekatannya berbeza apabila kita berhadapan dengan orang dewasa. 

Pertama kali menjalankan sesi P & P, saya rasa kekok. Tapi melihatkan tindak balas yang positif daripada peserta, saya mula yakin bahawa saya mampu memikul tanggungjawab dan cabaran ini. Jom, saksikan aktiviti mereka di dalam kelas....


Walaupun mereka tinggal berdekatan, tapi ada yang masih tidak mengenali satu sama lain, justeru kerja berkumpulan ditekankan agar hubungan persahabatan dapat diterapkan.


 

Kumpulan 1 bersama tugasan yang telah berjaya disiapkan... Tahniah!


 

Saya suka AMAI SPEK  MATA ni, sangat rajin dan bersemangat ketika belajar. AMAI adalah perkataan bahasa Orang Asli bermaksud makcik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...