Wednesday, February 16, 2011

Tanggungjawab suami dan bapa...

     Anak merupakan anugerah yang amat bermakna dalam kehidupan suami isteri. Ia merupakan anugerah Illahi yang sangat besar nilainya. Justeru, tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang selalu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi yang terbaik kepada anak mereka. 

     Penjagaan anak bermula sejak dari dalam rahim ibu lagi. Oleh itu, jika anda inginkan seorang anak yang baik budi pekerti, sopan santun, tinggi sahsiah, dan memiliki sifat-sifat mahmudah, janganlah meninggalkan solat, sentiasa berdoa dan membacakan ayat-ayat suci al-quran. 

     Bagi para suami pula, kehadiran anda amatlah bermakna bagi isteri-isteri yang sedang menunggu waktu untuk melahirkan. Saya kongsikan sedikit tips kepada para suami untuk membantu isteri anda ketika dia hendaklah melahirkan zuriat. Bacakanlah surah Al-Insyiqaaq ayat 1 hingga 5 (atau dalam jumlah yang ganjil sama ada 3, 5, 7, 9 atau 11), kemudian tarik nafas dan tiupkan ke badan isteri anda dari dada ke bawah (jangan dari bawah ke atas). Insya Allah, ia dapat membantu isteri anda untuk melahirkan anak dengan mudah.

     Selepas isteri anda selamat melahirkan bayi, hendaklah anda membisikkan 'azan' di telinga kanan dan 'iqamat' di telinga kiri anak anda. Cara yang betul adalah tangan kanan anda memegang bahagian bawah tubuh bayi dan tangan kiri memegang kemas kepala bayi. Ini memudahkan anda untuk menggerak dan mengalihkan kepala bayi untuk dibisikkan kalimah 'Azan' dan 'Iqamah'. Kaum bapa, hendaklah kalian semua membisikkan kalimah tersebut tepat ke pendengaran bayi. Elakkan daripada sekadar melakukannya kerana tuntutan agama, sebaliknya lakukanlah sebagaimana yang disuruh oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Pastikan bibir anda betul2 hampir dengan telinga bayi. 

Amalan-amalan lain yang perlu dilakukan oleh kaum bapa selepas isteri selamat melahirkan bayi adalah seperti berikut:

~Bacaan pada hari pertama~
  • Bacakan surah Al-Qadar di telinga kanan bayi dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bayi.
  • Manfaat surah Al-Qadar adalah menjadi benteng atau daya tahan diri bayi daripada melakukan zina apabila dewasa kelak. Sementara manfaat surah Al-Ikhlas pula adalah untuk membentuk akidah, iman dan tauhid yang kukuh dalam jiwa bayi.
  • Selepas itu, bapa hendaklah membacakan surah Al-Insyirah pada jari manis dan ditahnikkan. Ditahnikkan bermaksud, colet sedikit madu lebah yang asli dengan menggunakan jari manis, bacakan surah Al-Insyirah, tiup dan kemudia letakkan jari manis anda di bibir bayi anda. Kemudian, anda akan dapat rasakan bayi anda seakan-akan mmenyedut jari manis anda. Tolakkan jari manis anda perlahan-lahan ke dalam mulutnya dan sentuh lelangitnya sambil berdoa agar dia membesar menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah swt, seorang anak yang taat pada ibu bapa, cerdik, pintar dan berakhlak mulia. Insya Allah...
  • Mengapa perlu menggunakan jari manis? Ini kerana sesuai dengan nama jari tersebut iaitu MANIS, semoga akhlak anak kita sentiasa manis. Jika menggunakan jari telunjuk, dikhuatiri bayi itu akan membesar dengan sifat angkuh dan sombong, sesuai dengan jari telunjuk yang selalu digunakan untuk menunjuk sesuatu. Begitu juga rasionalnya jika menggunakan jari hantu dan jari-jari yang lain.
~Amalan pada hari ke-7~
  • Hendaklah diberikan nama kepada bayi anda pada hari ketujuh atau hari ke-21. Jika mampu, lakukan ibadat akikah, dimasakkan manis, serta membuat kenduri doa selamat (elakkan daripada membuat tahlil arwah sekali. Fokus hanya kenduri doa selamat melahirkan bayi sahaja). Jangan lupa cukur rambut bayi pada hari ketujuh dan juga berkhatan (bagi bayi perempuan).
     Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang boleh dilakukan sewaktu menimang cahayamata. Semoga anak-anak yang bakal dilahirkan dan telah dilahirkan menjadi Khalifah Allah yang berguna dan berjasa kepada keluarga, agama dan negara. Amin...

Kemaafan Yang Terindah

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?? Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."   (HR. Tirmizi)

"Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri."  (Hamka)

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat".
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Firman Allah SWT:
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan `Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

"Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan."
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?"
(Surah an-Nur : 21)

"Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda"
~ Pesanan dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah~

Berapa Kali Malaikat Izrail Datang Menjenguk Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari'. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Thursday, February 10, 2011

Hari Ini Kami...

Siapa cakap mengajar ABC tu senang? Selama ni kita pandang remeh pada Guru Tadika, Guru Prasekolah, Guru Pemulihan, sebab kita tak tahu betapa susahnya nak mengajar murid mengenal ABC... Kita tabik spring pada Guru-Guru Sains, Guru-Guru Bahasa, Guru-Guru Matematik, tapi kita lupa, jika tiada Guru-Guru Tadika, Prasekolah, Pemulihan, mampukah Guru-Guru Bahasa, Sains dan Matematik ini menjalankan tugas mengajar dengan mudah? 

Pening memikirkan, apakah aktiviti yang menarik dan kreatif untuk mengajar murid-murid supaya mereka dapat mengenal ABC-Z. Setiap hari perlu memerah otak, mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Tidak cukup sekadar 'chalk and talk'. Mereka bukan kanak-kanak biasa, yang boleh menerima dan mengingati kata-kata guru dalam jangka masa yang singkat. Mereka istimewa... 

Hari ini, kami sama-sama bermain batu berwarna. Biasanya batu-batu ini digunakan untuk menghias aquarium. Saya tak pasti, adakah idea ini menarik dan kreatif. Tapi anak-anak murid saya sangat gemar bermain batu ini. Hari ini, mereka belajar untuk mengenali, mengingat, menyebut dan menulis huruf 'f'. Bagi kanak-kanak biasa atau normal, cukup sekadar melihat gambar, menulis secara mekanis dan menyebut berulang kali. Pasti huruf 'f' sudah ada terpahat dalam ingatan. Tapi tidak mudah bagi kanak-kanak ini. Mereka perlu melihat, menyentuh bentuk huruf, membina huruf dengan benda maujud, menyebut berulang kali dan menulisnya. Itu pun belum tentu ingat. 

Lihatlah, anak murid saya bersama huruf 'f' ciptaan mereka....




Chieci Sarani 
Naizah 


Izam
Fadzly

Huruf 'f' yang telah dihasilkan

Kami...
Kami lagi...

Sunday, February 6, 2011

Suka Mengumpat???

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan 



Ghibah adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengumpat/menggunjing). 


Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah. 


Definisi Ghibah 


Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah berikut ini: 
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya?” Rasulullah menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad). 


Berdasarkan hadith di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman: 

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12) 


Bentuk-bentuk Ghibah yang Dibolehkan. 


Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu: 


1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya. 

Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148: 

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148). 

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan sewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya. 

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149: 

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149) 


2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil. 

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal. 

Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih. 

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti: 


a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadith. Apalagi hadith merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an. 

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak. 


c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata. 


5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan. 


6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti. 


Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. Wallahu a’lam bissawab.....

Panduan Kesihatan Cara Islam



Larangan-Larangan Terhadap Amalan Perbuatan Dan Kebiasaan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Tubuh Badan

  • Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
  • Mandi setelah makan.
  • Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
  • Berada dalam keadaan terlalu lapar.
  •  Berjaga malam selain dari qiamullail.
  • Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


Faktor-Faktor Yang Menguatkan Tenaga Tubuh Badan.

  • Memakan daging.
  • Selalu menghidu bau bauan yang sedap.
  • Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
  • Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
  • Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau kenyang.
  • Memakan makanan yang agak manis.


Faktor Yang Boleh Mendatangkan Penyakit.

  • Bercakap banyak.
  • Tidur banyak.
  • Makan banyak.
  • Banyak berjimak.


4 Faktor Yang Boleh Melemahkan Badan.

  • Banyak berjimak.
  • Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
  • Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
  • Banyak memakan makanan yang serba masam.


Supaya Badan Sentiasa Sihat.

  • Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
  • Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


Bagi Menambahkan Kecerdasan Akal.

  • Tinggalkan dari bercakap kosong.
  • Sentiasa bersugi.
  • Sentiasa bersama sama dengan orang alim.

Makanan Atau Minuman Yang Terjatuh Lalat Ke Dalamnya Makanlah, Jangan Dibuang.

  • Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu. Kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi. Sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir. Orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

Pedoman...



Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding, Dinding Nak Jadi Tangga…


Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bila mana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut ini.

Perasaan kecewa dan sedih bertambah bila mana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bila mana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

MORAL OF THE STORY:-
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.

Tip Motivasi

  1. Selalu Lakukan Lebih Daripada Yang Dibayar atau Diupah
    • Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!
  2. Cari Ilmu Baru Setiap Hari
    • Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!
  3. Belajar Promosi Atau Tonjolkan Kemahiran Diri
    • Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier! Jadi promosikan kemahiran yang anda miliki.
  4. Percaya dan Yakin Dengan Idea Sendiri
    • Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak
  5. Kurangkan Stress
    • Stress merupakan punca kepada banyak penyakit! Situasi tidak mengakibatkan stress. Contohnya, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada juga orang yang rilex jer. Apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. Banyakkan bersabar. Bersabar itu kan separuh dari iman ;) 
Sumber: Dr Irfan Khairi.....
Selamat Mencuba..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...