Thursday, February 10, 2011

Hari Ini Kami...

Siapa cakap mengajar ABC tu senang? Selama ni kita pandang remeh pada Guru Tadika, Guru Prasekolah, Guru Pemulihan, sebab kita tak tahu betapa susahnya nak mengajar murid mengenal ABC... Kita tabik spring pada Guru-Guru Sains, Guru-Guru Bahasa, Guru-Guru Matematik, tapi kita lupa, jika tiada Guru-Guru Tadika, Prasekolah, Pemulihan, mampukah Guru-Guru Bahasa, Sains dan Matematik ini menjalankan tugas mengajar dengan mudah? 

Pening memikirkan, apakah aktiviti yang menarik dan kreatif untuk mengajar murid-murid supaya mereka dapat mengenal ABC-Z. Setiap hari perlu memerah otak, mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Tidak cukup sekadar 'chalk and talk'. Mereka bukan kanak-kanak biasa, yang boleh menerima dan mengingati kata-kata guru dalam jangka masa yang singkat. Mereka istimewa... 

Hari ini, kami sama-sama bermain batu berwarna. Biasanya batu-batu ini digunakan untuk menghias aquarium. Saya tak pasti, adakah idea ini menarik dan kreatif. Tapi anak-anak murid saya sangat gemar bermain batu ini. Hari ini, mereka belajar untuk mengenali, mengingat, menyebut dan menulis huruf 'f'. Bagi kanak-kanak biasa atau normal, cukup sekadar melihat gambar, menulis secara mekanis dan menyebut berulang kali. Pasti huruf 'f' sudah ada terpahat dalam ingatan. Tapi tidak mudah bagi kanak-kanak ini. Mereka perlu melihat, menyentuh bentuk huruf, membina huruf dengan benda maujud, menyebut berulang kali dan menulisnya. Itu pun belum tentu ingat. 

Lihatlah, anak murid saya bersama huruf 'f' ciptaan mereka....




Chieci Sarani 
Naizah 


Izam
Fadzly

Huruf 'f' yang telah dihasilkan

Kami...
Kami lagi...

3 comments:

  1. Usaha yang baik akan menghasilkan yang baik dan ganjaran yang baik. Teruskan usaha cikgu, tanpa mengeluh dan lesu.

    ReplyDelete
  2. Encik Ateh: Insya Allah.. terima kasih atas nasihat...

    Faz: tq.... kreatif ke? haha. nilah batunya, aku beli kat kedai RM2....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...