Monday, May 23, 2011

Bukan Senang Nak Mengajar Orang Dewasa

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya saya tak berkesempatan menjenguk apatahlagi menulis di dalam blog saya ni. Hari ini saya kembali dengan satu coretan baru iaitu pengalaman mengajar orang-orang dewasa berketurunan Orang Asli Jakun. Seramai 30 orang peserta telah dipilih untuk menyertai Kelas Dewasa Asli dan Peribumi (KEDAP) bagi sesi 2011. Mereka berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Pelbagai perasaan wujud dalam diri saya sebelum kelas bermula pada bulan April 2011. Kadang kala rasa takut, kadang kala rasa teruja. Maklumlah, selama ini mengajar kanak-kanak, tentulah pendekatannya berbeza apabila kita berhadapan dengan orang dewasa. 

Pertama kali menjalankan sesi P & P, saya rasa kekok. Tapi melihatkan tindak balas yang positif daripada peserta, saya mula yakin bahawa saya mampu memikul tanggungjawab dan cabaran ini. Jom, saksikan aktiviti mereka di dalam kelas....


Walaupun mereka tinggal berdekatan, tapi ada yang masih tidak mengenali satu sama lain, justeru kerja berkumpulan ditekankan agar hubungan persahabatan dapat diterapkan.


 

Kumpulan 1 bersama tugasan yang telah berjaya disiapkan... Tahniah!


 

Saya suka AMAI SPEK  MATA ni, sangat rajin dan bersemangat ketika belajar. AMAI adalah perkataan bahasa Orang Asli bermaksud makcik.

5 comments:

  1. Bukan senang nak dapat pahla. Telah tertulis di Lohmahfuz bahawa suatu hari nanti anda menjadi seorang guru - guru pemulihan khas - akan mengajar orang-orang asli. Dalam ramai guru (termasuk saya) anda telah terpilih untuk mengajar KEDAP. Itu satu amanah, amanah Allah. Lakukanlah dengan sebaik-baiknya, kerana melakukan amanah itu menambah pahla yang akan membawa kebaikan di akhirat.

    Syabas dan tentunya anda boleh. Cuma nak tanya: Tak ada ke orang asli yang pekak (bermasalah pendengaran)?.......

    ReplyDelete
  2. tahniah ct...bangga sebab ko terpilih ajar budak2x dewasa sebegini..1 pengalaman yg best & perlu dikongsi dengan semua....

    ReplyDelete
  3. bravoooo.... teruskan usaha!!

    ReplyDelete
  4. thniah ct...bglah pkmbgn diorg nti..suka aku tgk diorg..bertuah kau ajar dpt diorg..pgalaman br..

    ReplyDelete
  5. hehe, thank u.... En. Ateh: ada je yg mempunyai masalah pendengaran, tapi kat sini tak de kelas pendidikan khas...... susah gak nak ajar org dewasa, emosi yg sukar dijangka.... kalau diorg tak leh buat, dia duk diam jela, kite puas pujuk suruh buat slow2 pun dia tak nak....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...