Sunday, March 25, 2012

Projek Keceriaan Kelas Pemulihan Khas

Assalammualaikum,
Malam ni saya nak catatkan kenangan menceriakan kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong. Kelas ni kelas yang ketiga sepanjang saya bertugas di SK Kampung Kudong. Mula-mula saya posting dulu tahun 2007, dapat sebuah bilik yang kecil, di bangunan lama SK Kampung Kudong. Tahun 2009, bangunan tersebut dirobohkan kerana kerajaan telah memperuntukkan peruntukan untuk membina 2 blok bangunan baru SK Kampung Kudong. Jd bermula bulan Mei 2009, kami berpindah ke dalam kabin yang terletak di padang Kampung Kudong selama dua tahun lebih. Pada bulan Oktober 2011, kami semua telah berpindah ke bangunan baru. Jadi, inilah kelas Pemulihan Khas saya yang ketiga. 

Catatan ini hanya bertujuan untuk berkongsi pengalaman menceriakan kelas Pemulihan Khas bersama rakan-rakan. Malah, melalui blog inilah, saya dapat mencoretkan kenangan segala usaha, penat lelah saya menceriakan kelas ini. Manalah tahu kan, tiba-tiba gambar-gambar kenangan ni hilang, dapatlah saya cari kembali di laman blog ini. Hehe.....

Memulakan cerita menceriakan kelas ini, saya sangat-sangat berterima kasih kepada adik-adik saya dan sepupu saya yang bertungkus lumus membantu saya menceriakan kelas ini. 

1. GOTONG ROYONG KEMAS KABIN

Kemas kabin bulan 9 tahun 2011, saya dibantu oleh adik saya Zarith Natasha dan sepupu saya Asmirul Abu Bakar... Thanks kat korg sebab tolong kak long, walaupun masa tu korg sibuk studi nak SPM...

Thanks kat Aca sebab tolong kak long...
Thanks Mirul, sebab tolong kak long 'clear'kan kabin ni....

Terima kasih yang tak terhingga untuk korang berdua. Cerita ni sambung ke part 2 nanti...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...