Friday, April 13, 2012

Didik Hibur 2 : Gerak Badan, Gerak Minda...

Assalammualaikum,,,
hari ni saya nak kongsi didik hibur kedua yang saya dah laksanakan di SK Kampung Kudong, Bekok. Aktiviti ini diberi nama "Gerak Badan, Gerak Minda". Nama ni saya yg bagi,,,, hehe.... Ok, mari kita lihat, bagaimana aktiviti ini dijalankan untuk murid-murid Linus Tahun 2 dan 3.



Gambaran trek dari sisi...

Cara Melaksanakan Didik Hibur 2:

  1. Guru mesti menyediakan trek laluan murid, ala2 dam gergasi.... Ikut kreativiti cikgu-cikgu.
  2. Dalam satu permainan, biasanya melibatkan 4 orang murid sahaja. Lagi sikit lagi bagus. Ramai-ramai takut traffic jammed pulak nanti.....
  3. Permainan akan bermula di petak 0.
  4. Murid-murid akan mengundi, siapakah yang jalan dahulu. Proses pengundian terpulang kepada guru, biasanya saya akan arahkan murid baling dadu sahaja. Kalau murid dapat nombor 1, dialah yang akan jalan dulu.
  5. Di tengah-tengah trek, guru akan sediakan kad-kad perkataan yang telah dipelajari. Terpulang pada guru-guru sama ada nak terbalikkan kad atau tidak... Saya tak terbalikkan, jadi murid boleh pilih kad mana yang dia yakin dia boleh eja dan sebut dengan betul.
  6. Murid akan melempar dadu, dan bergerak dari satu petak ke petak yang lain mengikut bilangan yang terdapat pada dadu tadi.
  7. Setiap kali berhenti pada satu-satu petak, murid hendaklah mengambil kad perkataan di tengah-tengah trek. 
  8. Murid mesti menyebut perkataan yang terdapat pada kad tersebut dalam jangkamasa yang telah ditetapkan iaitu sama ada 30 saat atau 40 saat. 
  9. Sekiranya betul, guru akan mencatatkan 2 markah untuk murid. Dan kad akan diletakkan kembali di tengah-tengah trek.
  10. Sekiranya salah, tiada markah yang akan diberikan dan murid akan didenda 'berhenti satu pusingan'.
  11. Pada akhir permainan, guru akan mengira jumlah markah yang diperolehi oleh murid-murid.
  12. Murid yang berjaya menamatkan permainan terlebih dahulu akan diberikan markah bonus sebanyak 5 markah. 
  13. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang diperolehi murid-murid.
~Selamat Mencuba~

Senario Ketika Aktiviti Berlangsung:

Inilah rupa sebenar trek game "Gerak Badan, Gerak Minda"
hasil ciptaan Cikgu Pretty Zahirah....... hehe








Sekian sahaja untuk kali ini... Jumpa lagi pada masa akan datang dengan aktiviti didik hibur yang lain......



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...