Friday, April 13, 2012

Didik Hibur 3: Money Drop...

Assalammualaikum,,,
Kali ni nak kongsi pasal didik hibur ketiga yang saya jalankan di Kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong. Sebenarnya aktiviti ini adalah 'joint project' dengan Stationary Shop Si Cilik yang saya kendalikan di bawah program Pemulihan Khas dan Linus SK Kampung Kudong. 

Ok, apa yang saya nak ceritakan di sini adalah mengenai aktiviti "Money Drop" yang saya praktiskan di kelas Pemulihan Khas bersama-sama murid Linus Tahun 2 dan 3. Saya mendapat ilham untuk melaksanakan aktiviti ini selepas bermain game "Money Drop" di laman web astro. Tambahan pula, murid-murid saya di sini mmg sukakan duit jadi, saya korbankan duit syiling dalam tabung saya untuk menjayakan aktiviti ini. 

Inilah rupa "Money Drop" kami di SK Kudong...

Cara Melaksanakan Didik Hibur 3:

  1. Kumpulkan semua murid di satu sudut dalam kelas, sebab biasanya saya akan buat aktiviti ni secara privacy dan sempoi.
  2. Saya susun kad-kad perkataan yang dipelajari pada hari tersebut, dan di atas kad itu saya letakkan duit syiling, ikut kemampuan saya...... kadang2 RM0.20, kadang2 RM0.30, kadang2 RM0.50....
  3. Saya akan sebut perkataan, murid akan angkat tangan, siapa yg paling cepat angkat tangan, saya akan pilih dia untuk eja perkataan yang saya sebutkan dan dia akan cari kad bagi perkataan tersebut.
  4. Jika ejaannya betul, murid akan ambil duit yang ada di atas kad tadi, jika salah, tak boleh ambil duit, beri peluang pada murid lain untuk mencuba.
  5. Permainan ini sangat seronok, sebab macam saya cakap tadi, TIADA MANUSIA YANG NORMAL TAK SUKA DUIT kan, kan, kan???????
  6. Selepas aktiviti "Money Drop" yang pertama menunjukkan hasil yang positif, saya mula fikirkan bagaimana cara yang paling praktikal untuk saya dapatkan dana bagi meneruskan projek ni. Jadi wujudlah projek "Stationary Shop Si Cilik" di Kelas Pemulihan Khas SK Kampung Kudong.  
~Nanti saya ceritakan apa pula kaitan projek "Stationary Shop Si Cilik" dengan aktiviti "Money Drop" di Kelas Pemulihan Khas, dan apa pula kaitannya dengan perjalanan Linus di Kelas Pemulihan SK Kampung Kudong. Tunggu yaaaaaa~

Senario Sekitar Perlaksanaan Aktiviti Money Drop:



Selepas aktiviti berakhir,
masing-masing sibuk kira pendapatan hari ini... haha

Hasil hari ini...


Ainol sibuk kira duit.... Sukalah tu.
~Sekian saja untuk hari ini, esok sambung lagi~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...