Tuesday, December 11, 2012

CINDERELLA21_MAWAR MERAH YANG SEPI

Bab 1


Suasana parti pada malam itu sungguh meriah sekali. Dato’ Hisyam sedang bergelak ketawa bersama teman-temannya. Parti yang diadakan pada malam itu khas untuk meraikan kepulangan anak tunggalnya dari kota London iaitu Ellia Mastura. Dalam kemeriahan itu, Ellia sempat menangkap seraut wajah yang cukup dikenali. Lantas dia menghampiri insan tersebut.

“Assalamualaikum”
Salam dihulurkan menyebabkan insan itu menoleh kearahnya.
           
“Waalaikumussalam”
Salam dijawab, ada senyuman pada wajah itu.

            “Haizal..apa khabar?”
Haizal mengangguk kecil dan menjawab pertanyaan Ellia. Kemudiannya, Haizal pula bertanyakan khabar Ellia sebelum mengimbas kembali kenangan indah sewaktu belajar di London dulu. Mereka menuntut di universiti yang sama, jurusan yang sama tetapi Haizal adalah senior Ellia sewaktu merantau di sana. Ketika Ellia menuntut di semester 4, Haizal telahpun menamatkan pengajiannya dan kembali ke Malaysia. Seterusnya di tawarkan berkhidmat di syarikat milik Dato’ Hisyam.

            Ketika mereka sedang rancak berbual, Ellia ditegur oleh seorang gadis. Lalu, membuatkan dia terharu dan memeluk tubuh gadis tersebut. Terlupa seketika tentang Haizal yang sejak tadi menjadi teman bercerita.

            “Ira, aku tak sangka kau pun datang. Rindunya aku kat kau.”
Pelukan dileraikan. Ada riak-riak gembira pada kedua-dua wajah wanita itu. Adegan tersebut hanya diperhatikan saja oleh Haizal Azeq. Entah kenapa matanya bagai terpukau pada wajah milik teman Ellia Mastura. Tiba-tiba saja hatinya berdebar. Jiwa lelakinya seakan bergetar sebaik saja memandang wajah itu.

            Kalaulah dia seketul ais, harus jadi cair dan terus meleleh membasahi bumi. Nasib baiklah dia orang, masih berupaya mengawal diri biarpun hatinya dirasakan telah dicuri dari peliharaannya. Dan pencurinya ialah gadis itu. PRETTY HEART THIEF!!!

          “Ira, kenalkan ini Haizal Azeq senior aku masa kat London dulu.” Ellia Mastura memperkenalkan Haizal kepada temannya itu. Lalu tangan dihulur, tanda salam perkenalan.

            “Haizal Azeq”.
Lelaki itu memperkenalkan diri.

            “Shahirah Huda”.
Ira pula memperkenalkan dirinya dan menyambut huluran tangan Haizal. Buat seketika tangan mereka bersatu. Ada getar di hujung sentuhan itu yang dirasai oleh Haizal Azeq. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menggenggam erat jari-jemari gadis itu dan terus dibawa balik ke rumah. Hai, nasib baiklah aku ni masih ada iman lagi. Tak pelah Shahirah Huda nanti aku hantar rombongan meminang, jadilah kau suri hidupku. Akan aku tempatkan kau di mahligai indah yang penuh dengan kasih sayang.


Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi


Haizal Azeq masih lagi termangu di atas sofa. Jam di dinding telah pun melewati angka 1 pagi. Namun mata ini masih tak mahu lelap. Entah mengapa sejak diperkenalkan dengan gadis ayu itu tempoh hari , seluruh nikmat kehidupannya bagaikan hilang ditelan oleh bayangan Ira. Apa saja yang dilakukan, bayangan Shahirah Huda pasti menjelma. Apakah ini yang dinamakan cinta?


            Seingat Haizal dia tidak pernah berperasaan begitu. Selama inipun bukan tak de gadis yang ditemui. Ramai anak dara yang tergila-gilakannya. Di London dulu pun, berapa ramai minah salleh yang terkejar-kejarkan dirinya. Tapi, tak de seorang pun yang berkenan di hati. Dalam ramai-ramai jelitawan yang menagih cintanya, terselit juga nama anak dara Dato’ Hisyam, Ellia Mastura. Tapi, Haizal tidak pula menyalahgunakan ketampanan wajahnya untuk mempermainkan hati kaum Hawa. Malah, dia dengan cara baik menerangkan kedudukan Ellia dalam dirinya. Mujurlah gadis itu memahami. Kalau tidak, takkan dia boleh berada di Two H Holdings, syarikat milik ayah Ellia Mastura.

            Aneh sekali, perasaan yang dirasai ketika bertemu Shahirah Huda amat menyeksa dirinya. Benarkah ini yang dinamakan cinta? soal hati kecilnya. Aduh, jika ini yang dikatakan cinta, benarlah kata orang cinta itu menyakitkan. Bagaimana agaknya penderitaan ini harus di ubati?

            Shahirah Huda, mengapa kau curi hatiku?
                                      Mengapa kau menjelma di ruang mataku?
                                      Mengapa kau seksa jiwaku ini?
            Shahirah Huda, di mana harus aku cari gadis itu?
                                      Hilangkan keresahan yang bertapak di jiwaku.
                                      Nyalakan api cintamu di dadaku, terangilah kamar hidupku.

Milik siapakah gadis ini, wajah lembut bagaikan sutera, ingin hatinya aku miliki, apakan terdaya, adakah kan terdaya? Milik siapakah hati ini, bagai berkurun lama kesepian, ingin aku mencurahkan kasih , kepada yang sudi, adakah ia sudi? Lama telah ku impikan, gadis yang sepertinya, mengisi taman hati, dengan cahaya kasih suci, siapakah gadis yang ku idam?

SHAHIRAH HUDA..,PRETTY HEART THIEF!!!

            Setelah lama bergelut dengan perasaan sendiri, akhirnya Haizal akui bahawa dirinya kini sedang dilamun cinta. I’m in love. Dengan seorang gadis yang pada pandangannya cukup sempurna. Gayanya, percakapannya, renungannya, lenggoknya, tutur bahasanya semuanya memukau. Hebatnya tamparan wanita… 





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...