Wednesday, December 12, 2012

CINDERELLA21_MAWAR MERAH YANG SEPI

BAB 2

Entahlah Elli, Izal pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Tapi sejak berjumpa dengan dia malam tu, hati Izal tak tenang lagi.” Luah Haizal Azeq kepada Ellia Mastura.  Malam itu dia beriya-iya benar mengajak Ellia Mastura untuk dinner bersama. Ada perkara penting yang hendak dibincangkan, semestinya berkenaan dengan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya.

            “Hmmm.. buat pertama kalinya, Encik Haizal Azeq bin Othman berbicara soal cinta.” Usik Ellia Mastura. Kemudian, dia menyambung lagi... ʺTentu gadis tu seorang yang hebat kan. Siapa dia?”

            Haizal Azeq tergelak kecil. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Ellia Mastura. Hei, aku bercakap tentang kawan kaulah, Shahirah Huda. Takkan tak tahu kot!

            “Izal, I want your answer. Who is she?”

            “Ala.. Kau kenal”.

Jawab Haizal ringkas, cukup membuatkan Ellia tertanya-tanya. Dahinya mula berkerut-kerut memikirkan siapakah kenalannya yang telah mencuri hati jejaka tampan di hadapannya itu. Puas dia memikirkan, namun tiada seorang pun teman yang pernah diperkenalkan kepada Haizal kecuali….seorang. Ya, kecuali yang seorang itu.

            “Izal, don’t tell me she is Shahira Huda.” Ellia Mastura memandang serius ke arah Haizal Azeq. Dan lelaki itu tetap selamba sambil menyedut fresh orange nya. Matanya memanah tepat ke dalam anak mata Ellia Mastura. Mulutnya pula tetap membisu, tak terkeluar lagi nama gadis yang dipinta oleh Ellia Mastura.

            Melihatkan keadaan Haizal Azeq yang membatu itu, hati Ellia Mastura semakin tak keruan. Jawapan yang dia mahu masih tidak diperolehi. Dia inginkan kepastian tentang gadis itu.

            Is it Shahirah Huda?”

Ellia Mastura menduga lagi. Dan harapannya cuma satu, akan ada feedback daripada Haizal Azeq, sama ada dia mengiyakan atau sebaliknya. Kali ini Ellia tak perlu menunggu lagi, Haizal telah bersedia memberikan jawapan. Jawapan yang diterima itu, jelas menghilangkan keresahan di hati Ellia. Benarlah, dia tewas kepada teman baiknya sendiri.

            “Shahirah Huda.., she is nice girl, beautiful.” Pujian ikhlas daripada Ellia Mastura. Haizal senyum meleret sebaik sahaja mendengar pujian itu, seolah-olah pujian itu ditujukan kepadanya.

            “Menyintai Shahirah Huda ibarat seseorang yang tidak tahu berenang, bermain di tengah lautan. Ada dua kemungkinan, sama ada dia diselamatkan atau mati lemas.” Kata-kata itu lahir dari mulut Ellia Mastura, membuatkan Haizal Azeq terkejut. Mengapa Ellia berkata begitu? Mungkinkah dia cemburu kerana kawannya sendiri yang dapat menawan hati Haizal Azeq? Aargh, pedulikan Ellia. Kalau dia tak mahu tolong aku, aku akan berusaha sendiri untuk dapatkan Ira. Ha…nanti kita orang kahwin, sorry sikit nak jemput kau, Haizal Azeq bermonolog sendirian.

            “Untuk memiliki insan yang istimewa memang banyak dugaan yang harus ditempuhi. Tak kiralah kalaupun seseorang itu tak tahu berenang, tapi kalau dia berusaha dan takdir menyebelahinya…, sekalipun dipukul ombak ganas dia tetap akan terselamat. Lagipun, lautan cinta hanya menjanjikan lemas dalam keasyikan.., Elli.” balas Haizal Azeq dengan panjang lebar. Ada nada angkuh dalam tutur bicaranya itu yang dapat ditangkap oleh Ellia Mastura.

            “Belajarlah menyintai seseorang dengan sepenuh hati, kau akan tahu apa sebenarnya erti cinta.” Tambah Haizal lagi membuatkan Ellia tersenyum. Walaupun ketika itu hanya tuhan yang tahu betapa hatinya terguris dengan kata-kata Haizal Azeq. Siapa kata dia tak pernah menyintai seseorang dengan sepenuh hati?


Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi
                       
            Kerana aku benar-benar menyintai dan menyayangi dia, aku tak mahu lagi kehilangan dia. Aku sedar betapa hinanya diriku tatkala mendampingi dirinya. Namun, aku takkan mengambil peduli terhadap apa yang diperkatakan oleh masyarakat tentang diriku. Sesungguhnya hanya aku yang merasai cinta ini.

            “Tahniah sayang!” Ucap Shahrul Iskandar sambil sebuah kucupan hinggap di pipi kanan Shahirah Huda. Walaupun adegan itu diperhatikan oleh beberapa pasang mata, namun kedua-duanya tetap bersahaja. Mereka seolah-olah sepasang suami isteri yang sedang bahagia meraikan hari bersejarah dalam hidup mereka.

            “Pandai jugak sayang ni kan, tak sangka boleh dapat pointer 3.60. Abang dulu 3.2 jerk”. Komen Iskandar tentang keputusan yang dicapai oleh kekasihnya itu dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hari itu adalah hari konvokesyen UKM, Shahirah Huda mengambil ijazahnya dalam jurusan business study. Selepas menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan teman-temannya, dia bergegas ke luar dewan kerana di sana ada insan lain yang sedang menanti kehadirannya.

            Shahrul Iskandar, lelaki yang bertakhta di hatinya hampir lapan tahun lalu tetap sabar menunggu. Sebaik sahaja Ira menyerahkan ijazahnya, singgah sebuah ciuman di pipinya kanannya.

            “Berjaya sebab abang selalu beri dorongan pada Ira, kan? Kalau abang tak de, mungkin Ira takkan ke sini.” balas Ira dengan penuh emosi. Saat itu perasaan sebak menyelubungi jiwanya. Baru terasa betapa berharganya kewujudan Iskandar  di sisinya selama ini.

            “Habis, apa hadiah untuk abang? Kata tadi abang yang jadi pendorong kejayaan Ira. So, dah berjaya ni takkan tak de apa-apa untuk abang?” Pinta Iskandar sambil mencuit manja pipi kekasihnya. Ira pula lantas memeluk erat tubuh Iskandar. Dan pelukan itu menyatakan betapa dia menyintai lelaki itu. Dia juga tidak pernah menyesal mencurahkan seluruh hidupnya untuk kebahagiaan Iskandar. Biarpun hubungan yang terjalin itu tidak pernah direstui oleh teman-temannya termasuklah Ellia Mastura, namun Ira tak kisah. Baginya, dia yang merasai cinta itu jadi hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Orang hanya boleh melihat tapi takkan boleh memahami keadaan yang mereka alami.


Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi
                        
             “IRA!!!”

            Teguran Ellia Mastura menyentap segala lamunan yang indah itu. Lantas mengheret Ira ke alam realiti. Sekuntum senyuman yang manis dilemparkan ke arah Ellia. Sekiranya, Ellia Mastura seorang lelaki harus gugur jantungnya ketika itu dek panahan senyuman Ira. Benar kata Haizal Azeq, dia istimewa. Tapi sayang, dia dimiliki oleh seseorang yang tidak layak mendampingi dirinya.

            “Termenung, ingat Shahrul Iskandarlah tu.” Sindir Ellia Mastura sambil mengambil tempat di sebelah Ira. Keadaan flower garden petang itu agak sunyi, tidak ramai pengunjung yang mengunjungi taman itu petang tersebut.

            “Kau tu lambat sangat, naik berasap punggung aku ni.”

            “Mmm... kalau tunggu aku berasaplah, berapilah, berairlah…, tunggu buah hati kau tu tak berasap ker? Tunggu dia seronokkan Ira, macam bumi yang gersang disirami hujan.” Sindir Ellia lagi. Ira cuma tersenyum tawar. Dia faham akan perangai teman baiknya itu.

            “Aku tak pernah tunggu dia, dia yang selalu tunggu aku. Ha.., kau nak apa jumpa aku kat sini?” Soal Ira, sebenarnya dia cuba menutup perbualan mengenai Shahrul Iskandar kerana jika dibiarkan, mulut Ellia takkan berhenti dari menyumpah seranah lelaki itu. Dan setiap patah kata yang mengeji Shahrul Iskandar akan membuatkan hati Ira bagai diguris sembilu tajam. Sesungguhnya dia tak sanggup mendengar hinaan dan cacian itu.

            “Macammana dengan Pak Tam kau tu sekarang?”

            “Elli.”

            Ira menjeling tajam ke arah gadis itu. Pak Tam yang dimaksudkan Elli tadi tentunya Shahrul Iskandar. Elli memang suka menyakat. Bukan itu sahaja gelaran yang diberikan untuk Shahrul Iskandar, tapi ada banyak lagi yang boleh mengoyakkan gegendang telinga Ira. Padahal, apa saja gelaran yang di beri bukanlah keadaan diri Iskandar yang sebenarnya.

            “Oklah, tak cakap pasal dia lagi.” Ellia mengalah. Kemudian, dia berterus terang menyatakan tentang tujuan pertemuan mereka di taman itu.

            “Jawatan Pengurus Pemasaran Syarikat Two H Holdings kosong. Aku yakin ia memang untuk kau. Tapi aku tak naklah menyalahgunakan kedudukan aku sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah dengan melantik kau terus sebagai Pengurus Pemasaran tu tanpa mengambil kira kelayakan kau. So, Cik Shahirah Huda tolong datang temuduga untuk jawatan tu kat Hotel Legend hari rabu ni, ok?”

Shahirah Huda tersenyum lebar dengan penjelasan Ellia tadi. Terfikir sejenak betapa untung sahabat di sebelahnya itu, baru saja pulang dari London tapi sudah dihidangkan dengan jawatan besar. Dulu, mereka sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Sulaiman. Di sana mereka tinggal di asrama sejak dari tingkatan satu lagi hinggalah ke tingkatan lima. Selepas tamat SPM, Ellia Mastura melanjutkan pelajarannya di London manakala Ira pula meneruskan pengajian di tingkatan enam dan selepas itu barulah ditawarkan ke UKM. Walaupun mereka berpisah hampir lima tahun kerana memburu cita-cita masing-masing, namun ikatan persahabatan tidak pernah terputus. Telefon, surat, dan e-mel menjadi penghubung di antara mereka.

            “Boleh ye Ira.” Pinta Elli sekali lagi. Ira sekadar mengangguk. Dia sedar , zaman sekarang ni memang susah nak cari kerja jadi, setiap peluang yang datang tidak boleh dilepaskan. Walaupun, dia terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat dia sayangi.

            “Habis, bila kau nak balik Johor?” Soal Elli lagi.

           “Esok. Tapi hari selasa nanti aku ke sini semula, nak pergi temuduga kan.” Jawab Ira sambil tergelak.

            “Kau masih tinggal kat rumah sewa lama tu ker?”

            “Hmm... aku sorang jer. Tapi aku kena keluar juga, bagi chance student lain pulak menyewa.” Ellia menganggukkan kepalanya sebaik mendengar jawapan itu. Kemudian, dia menyambung..

            “Tak apalah, nanti aku carikan kau apartment, ok!” Ira mengangguk lagi dan kemudiannya mengucapkan terima kasih.

            “Kau balik Johor ni Pak Tam jemput ker?”

            “Tak lah, aku jumpa dia kat Larkin, lepas tu aku balik kampung aku lah.”

            “Naper tak suruh dia hantar jer?”

            “Nak mampus? Karang, bukan aku jer kena balun. Dengan dia-dia sekali kena. Kau bukan tak kenal dengan parent aku.”

            “Hah... penakut juga kau ni. Main cintan sembunyi-sembunyi. Tapi kan, kalau dia hantar kau pun bukan parent kau jer yang balun dia, aku sure bini dia pun akan hentam dia gak. Betul tak?”

Mereka sama-sama ketawa. Selepas itu Ellia mengajak Ira pulang. Dalam perjalanan ke rumah Ira, Ellia sempat lagi berbual mengenai Shahrul Iskandar.

            “Ira, jumpa lama-lama sikit dengan Pak Tam esok tau!” Nasihat Ellia Mastura. Lain macam bunyinya, membuatkan Ira berkerut kening. Selalunya bukan main marah lagi dia jika dapat tahu Ira akan bertemu dengan Iskandar. Tapi kali ini di suruh pulak berjumpa lama-lama. Agaknya, dia dah mula merestui, hati Ira berbisik.

            “Yelah, lepas ni kau akan bermastautin kat sini, so tak dapat jumpa dia lagi. Kiranya ini pertemuan terakhirlah. Kau cakaplah dengan dia kau boleh dapat lelaki yang hensem daripada dia kat sini.” Kata Elli dengan nada tegas. Masih belum pudar kebenciannya terhadap lelaki itu. Ira cuma mampu mengeluh. Kadang-kadang dia terfikir mengapa Ellia harus membenci lelaki itu? Salahkah dia menjalin hubungan dengan lelaki yang jauh lebih berusia dari dia? Atau mungkin dia bersalah kerana masih menjalin hubungan dengan lelaki itu sedangkan dia tahu kekasihnya itu sudah pun beristeri. Salah kah dia….?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...