Sunday, December 16, 2012

CINDERELLA21_MAWAR MERAH YANG SEPI

BAB 4

Di antara seorang  isteri yang baik dan kekasih yang memahami, memang sukar untuk di buat pilihan.” Tiba-tiba suara Intan kedengaran di belakang Iskandar, membuatkan lelaki itu tersentak. Manakala  bayangan  Ira  pula lenyap lagi  dari  ruang  fikiran.

            Sewaktu terjaga dari lena,  Intan  mendapati  Iskandar  tiada  di sebelahnya.  Lantas  dia  mencari  suaminya  di bilik air, namun tiada.  Intan  beralih  pula  ke  arah  tingkap, dari situ dia nampak kelibat seseorang yang termenung di tepi kolam renang. Ketika itu, jam di dinding  berdenting  sebanyak tiga kali menandakan sudah  pun pukul 3 pagi. Pada masa itu, Intan teringat kembali soalan suami yang masih belum dijawab. Mungkinkah  kerana itu Iskandar  tak mahu tidur, fikir Intan. Lantas dia turun ke bawah untuk mendapatkan suaminya.

“Abang, kahwini dia dan lepaskan Intan.”

Intan menghampiri Iskandar dan tangan lelaki itu digenggam erat. Iskandar pula kelihatan bingung dengan tingkah laku Intan. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Apakah Intan sudah tahu segalanya? Hati Iskandar berdetik kencang.

“Abang bertuah kerana disayangi dua orang wanita tapi  Intan tak mahu berkongsi kasih sayang abang dengan wanita lain. Tak sanggup bang. Kalau abang rasa dia boleh membuatkan abang lebih bahagia, kahwinilah dia. Intan sanggup berkorban demi kebahagiaan abang.” Genggaman Intan semakin erat. Iskandar kelu seribu bahasa. Dia kehilangan punca. Tak tahu bagaimana harus dia  menegakkan  diri, tembelangnya sudah pecah. Dia merenung tajam wajah isteri yang tenang.

“Jawapan itu yang abang tunggu kan? Intan dah beri jawapannya, so boleh abang masuk tidur sekarang?” Iskandar makin terpinga-pinga. Apa yang sedang berlaku ni? Sebentar tadi Intan minta dirinya dilepaskan, tapi sekarang lain pula dialognya.

“Apa kena dengan Intan ni? Abang tak faham.” Iskandar bersuara.

            “Abang, malam tadi kan kita bercerita tentang lelaki yang berada di antara dua wanita. Abang tanya apa yang Intan akan buat sekiranya Intan berada di tempat lelaki tu  kan. Tapi Intan tak jawab soalan abang tu. So, Intan jawablah sekarang… .”

Iskandar mengeluh, hampir saja gugur jantungnya dengan kelakuan Intan tadi. Mujur rahsianya masih selamat, nasib baik hubungan dengan Ira masih lagi menjadi rahsia. Kalau tak, harus dia berperang dengan Intan kerana Ira. Perang dunia ketiga yang bukan membabitkan kuasa-kuasa besar Eropah tapi melibatkan dua orang wanita dan seorang lelaki.

“Abang minta pandangan sekiranya Intan jadi lelaki tu, bukan jadi isteri dia.” kata Iskandar sambil mencubit manja pipi isteri kesayangannya itu.

“Intan tak boleh jadi lelaki tu abang, sebab jiwa Intan jiwa perempuan. Kalau Intan bagi jawapan bagi pihak lelaki tu pun, jawapannya tetap TIDAK.” Jawab Intan Shafikah kembali. Iskandar ketawa, walaupun  dalam keadaan terpaksa. Jauh di sudut hatinya tersirat kekecewaan kerana dia tahu harapan untuk ‘bersama’ Ira amat tipis sekali. Memilih Ira dan melepaskan Intan…, aarrgh tidak sama sekali. Terus bersama Intan dan melupakan Ira, juga tak akan berlaku. Hmmm, Iskandar buntu lagi.

“Abang tak nak tidur ke?”     

“Tak ngantuklah yang.”

“Hmm, nasib baik saya uzur hari ni. Kalau tak….. .”

“Kalau tak.. apa hah?”

Mereka sama-sama tergelak. Kemudian, Intan ditarik ke dalam pelukan. Pelukan yang erat sekali.


Cinderella21_Mawar Merah Yang Sepi


             “Macam mana, dah dapat yang sesuai?”

Soal  Ellia  kepada  Haizal  berkenaan  dengan  temuduga  untuk  jawatan  Pengurus  Pemasaran  Syarikat  Two H holdings. Haizal sekadar  menggeleng lemah, tugas  menemuduga  orang ni sungguh membosankan baginya. Tapi nak buat macam mana, kerja di bahagian Pengurusan Sumber Manusia memerlukan dia memikul tanggungjawab itu. Nasib baiklah  slot pertama dah habis, kalau tak harus dia jadi sewel dengan pelbagai ragam manusia.

“Takkan tak de calon yang sesuai?” Soal Ellia seakan tidak percaya. Akal warasnya mula mempersoalkan dalam empat jam yang pertama, mustahil tiada seorang pun yang berjaya mencuri hati Haizal Azeq dan penemuduga yang lain.

“Ada yang berkelayakan tapi tak berketerampilan, ada yang menarik tapi akademik zero.” Komen Haizal mengenai calon-calon yang telah ditemuduga tadi. Ellia Mastura cuma mampu tersenyum.

“Itulah susahnya penemuduga lelaki, nak yang cantik aje. Encik Haizal Azeq, temuduga ini bukan nak cari setiausaha untuk awak, di mana calonnya perlu  cantik. Cukuplah ia seorang yang educated.”

Giliran Haizal pula tersenyum dengan komen yang dikeluarkan oleh Ellia Mastura. Senteng sungguh pemikiran dia, getus hati kecil Haizal Azeq. Ketika dia hendak memulangkan paku buah keras, waiter pula datang menghantarkan pesanan.  Selepas mengucapkan terima kasih, barulah Haizal dapat memberikan ideanya .

“Cik Ellia Mastura, di situlah kesilapan awak dalam menguruskan perniagaan. Seorang Pengurus Pemasaran perlu berpersonaliti menarik dan berpendidikan kerana kerjanya bertemu dengan masyarakat, cari klien, yakinkan pelanggan untuk beli produk kita. Kita sebagai pelanggan, mahu berurusan dengan orang yang tiada penampilan dan keyakinan?” Ellia terdiam. Ada benarnya pendapat Haizal itu. Lumrah dunia sekarang ni, semuanya nak yang cantik dan menarik sahaja. Daripada produk sampailah pada orang yang jual. Hai, kalau semuanya ok, cepatlah barang laku.

Kalau begitu, Shahirah Huda yang terbaik, fikir Ellia. Ketika dia sedang memikirkan tentang Shahirah Huda, tercetus soalan berkenaan gadis itu dari Haizal Azeq. Eh mamat ni, macam tau-tau jer aku tengah fikir hal Ira…

Why not you choose Shahirah Huda? Kan lebih senang, tak payah nak temuduga orang lain. Lagi pun, she is nice person.”

“Iye, senang. Senang kau nak berjumpa dengan dia kan? Bolehlah kau jual minyak kat dia. Cukup bulan, Syarikat Dato’ Hisyam tak jual susu lagi, jual minyak pulak. Apa taknya, pengurus atasan dah angau, asyik jual minyak jer. Kalau laku tak pe lah jugak.” Haizal Azeq gelak sakan. Tak sangka anak dara Dato’ Hisyam pandai melawak, setaraf Azlee Senario beb! Ellia sekadar menjeling.

“Mana kau tahu minyak aku tak laku? Ini  Haizal Azeq tau, sekali aku petik jer jari aku ni, mahu pengsan tujuh, lapan anak dara.” Haizal mendabik dada. Ellia sekadar mencebikkan bibirnya.  Kemudian dia berkata,

But not Shahirah Huda.”

Why not?”

“Dia ibarat seekor nuri di dalam sangkar besi, Haizal. Kalau kau dapat bebaskan dia, I think you are the real champion, ok!” kemudiannya, Ellia berdiri dan menarik tas tangannya. Tindakannya itu menimbulkan kehairanan pada Haizal.

“Kau nak pergi mana?”

“Eh, balik Ofislah. Makanan aku dah habis, tak nampak?” Ellia menunjukkan pinggannya kepada Haizal .

“Eh, tunggulah kejap, teman aku makan ni.” Rayu Haizal Azeq, tapi Ellia buat tak tau saja.

“Malas aku nak layan orang sakit angau. Nanti berjangkit.” Ellia terus berlalu. Haizal tergelak kecil. Baru beberapa langkah berjalan, Ellia berpatah semula ke arah Haizal. Haizal melihat saja temannya itu.

“Aku nak pesan, lepas ni slot kedua temuduga. Jadi stabilkan emosi kau yang tak stabil tu. Ingat, pilih yang cantik dan educated jerk.” Pesan anak tunggal Dato’ Hisyam itu.  Dan kemudian, dia menambah lagi, “ Ingat ini temuduga tau, bukan tempat jual minyak.”  Sebaik saja menghabiskan ayat itu, Ellia terus melangkah pergi. Dan tak menoleh ke arah Haizal Azeq lagi. Haizal pula cuma menghantarnya dengan lirikan mata. 

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Name blog kte same.bst cite nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...